Adalah sukar untuk murid-murid disleksik 'menghadam' sekaligus huruf-huruf abcdefgh.......z. Bukan sahaja jumlahnya memang banyak.. (26 tu adalah banyak ye tuan-puan).. bentuknya juga bercampur-campur. Ada yang bulat, ada yang leper, ada yang panjang, bersegi-segi. Macam-macam bentukla pendek kata. JADI..
menurut Puan Presiden Persatuan Dyslexia (ya, nama persatuan dieja begitu) Malaysia (PDM) yang berpuluh tahun telah mengajar dan membantu memulihkan berpuluh-puluh kanak-kanak disleksik adalah LEBIH MUDAH untuk mengklasifikasikan huruf-huruf ini mengikut bentuk
CONTOHNYA:
- Huruf yang bulat - a c e o
- Huruf yang berekor - g j y
- Huruf berpalang - l i t k
- Huruf yang bertangkai - b d p q
- Huruf yang berkelok - n m h r u
- Huruf yang bersegi - v w x
Perlu ada strategi yang lebih baik dari suruh murid menghafal secara memkhinzir buta..
Daripada : Ariff, cuba tengok kad ini ' a' 'c ' 'e' 'o'...cuba ulang sekali lagi 'aceo'..sekali lagi 'aceo'..sekali lagi 'aceo' (sahaja) kepada:
Cuba kita susun kad-kad a c e o tadi..minta murid ingat susunan..bubarkan dan minta murid susun sekali lagi. Murid-murid disleksik suka pada sesuatu yang mencabar daripada sesuatu yang hanya mendatar (tengok kad, hafal huruf, tengok kad, hafal huruf, tengok kad, zzz bosan..mari cucuk kawan dengan pensel).
Ataupun.. susun berapa kad huruf termasuk kad huruf yang tidak termasuk di dalam kategori yang sama..
Minta murid pilih kad huruf a c e o. Susun semula kad yang dipilih mengikut sebutan cikgu. Siapa yang paling cepat dapat hadiah gula-gula atau memadai tepukan ceria cikgu. Anak murid saya suka bila saya bertepuk-tepuk kesukaan kalau mereka menang. Berebut-rebut mahu menjawab soalan. Anak murid anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment