24 Mac 2012, hari Sabtu ye tuan puan.. bangun pukul 5 pagi nak siapkan makanan dan sarapan untuk anak-anak. Walaupun ditinggalkan dengan ayah diorang, still kena siapkan apa yang patut. Yelah, kalau kita mak-mak nih dah biasa berperang dengan anak-anak. Ayahnya jarang sekali..kang ada pulak yang tak sempat makan tak sempat mandi.
Ok cerita pergi bengkel...kat JPN Johor..JB nun..jauh tuh.. tapi PPD sediakan bas.. 6.30 dah kena ada kat PPD..ok bla..bla..bla..naik bas..tidor dalam bas..sampai JPN Johor pukul 8.30 pagi. Daftar apa segala..breakfast dulu..sedap boleh tahan..
Ok start bengkel.. mula-mula cerita macamana nak kenal budak disleksia. Pong pang pong pang...
Yang saya nak fokus ialah BAGAIMANA NAK MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA terutamanya sewaktu p&p. Bengkel ni memang dijalankan sendiri oleh Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia, Puan Sariah Amirin. Kagum saya dengan semangatnya membantu kanak-kanak disleksia di Malaysia nih.
Ok mari berkongsi dapatan saya ni bengkel itu.
Oleh kerana kanak-kanak disleksik ini lazimnya mempunyai masalah-masalah berikut:-
- masalah fonologi
- masalah untuk mengingat perkataan
- masalah penyusunan bersiri
- masalah ingatan jangka pendek.
- masalah kesedaran sintaks.
Daripada masalah-masalah di atas, memang boleh dikatakan semua masalah itu ada pada murid-murid pemulihan kita kan? Dah ajar berkali-kali benda yang sama, masiiiiiiiiiiiiiiiiih tak dapat-dapat. Kadang-kadang rasa macam nak keluar tanduk menahan amarah. Tapi mengenangkan dah memang tanggungjawab, mesti diketepikan rasa marah tuh. Teruskan jugak P&P walaupun gigi dah hampir haus asyik diketap-ketap.
Sekarang, setelah mengikuti bengkel ini, dan dapat mengenali sedikit-sebanyak simptom-simptom disleksia, saya yakin, kalau bukan semua pun, hampir separuh murid-murid saya adalah di dalam kategori ini. Jadi mereka bukanlah 'B* word' seperti kata setengah-setengah orang, tetapi cara otak mereka mentafsir maklumat adalah berbeza. Jadi strategi juga perlu berbeza dengan kanak-kanak normal lain.
Oleh itu strategi adalah sangat penting. Saya akan kongsikan strategi di entri lain. Sebab saya lapar..bila lapar kita kena......?
Ini sijil saya... anda ada? Kehkehkeh..
Tutup sangatlah no i/c tu kununnya..!