Thursday, July 26, 2012

BINA PERKATAAN VK KVK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia cikgu-cikgu..

Selamat berpuasa kepada yang puasa sahaja..

Okaylah dah lama bebenor tak upload apa-apa..maklumlah kawan seperjuangan dah pulang dari penat bersalin..dah ada orang untuk di bawa berborak...(bila taim takde kelas laaa)..kalau dulu tertonggok sorang-sorang dalam kelas Cahaya Ilmu ni...terpaksalah berborak dengan modul nak menghabiskan waktu yang merangkak...

Sampai cikgu-cikgu yang lalu lalang depan kelas selalu tegur.." Ko ni Era, kalau takde kelas, akak tengok, kalau tak menggunting, mesti ko tengah dok menampal..."...dah tu...gi kantin kang abis duit pulok..

Saya baru lepas ajar budak Tahun 2, VK KVK..jenuh jugak nak suruh diorang baca
1. Ustaz Ahmad tanam pokok orkid.
2. Ilham beli album.
3. Ahmad ambil empat kuntum bunga orkid.

Sebelum baca ayat, saya ajar baca dan bina perkataan dulu..guna kad bina sukukata..ini screen shotnya.. tak banyak pun..
Laminate, tebuk lubang di bahagian tepi, masukkan benang tebal..pooof..boleh jadi kad lipat untuk membina perkataan.. ataupun tampal je di papan putih (saya guna blue tack) lepas tu, suruh murid padankan sukukata..samada cikgu sebut, atau murid pandai-pandaile cari sendiri..kalau lagi rajin boleh print gambar..jadi murid memadankan sukukata berdasarkan gambar..

sudi-sudikanlah download di sini

1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu.
    perkataan ini dalam konstruk berapa yea?

    ReplyDelete