Thursday, July 26, 2012

KAD PERKATAAN E-TALING DAN E-PEPET

Petang nak masak apa ye nak bukak puasa..semalam dah buat nasi ayam dengan ayam goreng berempah..hurmmmm

Okay..kembali ke tujuan asal. Saya upload kad perkataan e-taling dan e-pepet. Simpel-simple je.. serabutla guna frame yang meriah sangat...nanti objektif tak sampai pulak..

ini screen shot(s)nya..


Saya baru je lepas laminate..tak potong pun lagi..tampal menampal jauh sekali..tak tahu bila boleh jadi kenyataan nih..hehehehhehe...berusahalah!!!!!

Sila lah download
kad perkataan e-taling
kad perkataan e-pepet

Kembali berfikir...petang ni masak apa yer... hurmmm...apa kata balik rumah mak..makan apa yang mak masak........yaaaaa..syurgaaaaaaaaaaaa!!!! heheheheheh

BINA PERKATAAN VK KVK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia cikgu-cikgu..

Selamat berpuasa kepada yang puasa sahaja..

Okaylah dah lama bebenor tak upload apa-apa..maklumlah kawan seperjuangan dah pulang dari penat bersalin..dah ada orang untuk di bawa berborak...(bila taim takde kelas laaa)..kalau dulu tertonggok sorang-sorang dalam kelas Cahaya Ilmu ni...terpaksalah berborak dengan modul nak menghabiskan waktu yang merangkak...

Sampai cikgu-cikgu yang lalu lalang depan kelas selalu tegur.." Ko ni Era, kalau takde kelas, akak tengok, kalau tak menggunting, mesti ko tengah dok menampal..."...dah tu...gi kantin kang abis duit pulok..

Saya baru lepas ajar budak Tahun 2, VK KVK..jenuh jugak nak suruh diorang baca
1. Ustaz Ahmad tanam pokok orkid.
2. Ilham beli album.
3. Ahmad ambil empat kuntum bunga orkid.

Sebelum baca ayat, saya ajar baca dan bina perkataan dulu..guna kad bina sukukata..ini screen shotnya.. tak banyak pun..
Laminate, tebuk lubang di bahagian tepi, masukkan benang tebal..pooof..boleh jadi kad lipat untuk membina perkataan.. ataupun tampal je di papan putih (saya guna blue tack) lepas tu, suruh murid padankan sukukata..samada cikgu sebut, atau murid pandai-pandaile cari sendiri..kalau lagi rajin boleh print gambar..jadi murid memadankan sukukata berdasarkan gambar..

sudi-sudikanlah download di sini

Wednesday, July 18, 2012

Link Download

Assalamualaikum cikgu-cikgu...carik BBM ye..?

Cuma nak inform, mungkin ada link download yang dah tak boleh digunakan lagi..kalau ada cikgu-cikgu yang bermasalah dengan link download tidak berguna  tidak boeh digunakan itu...sila tinggalkan komen di chatbox ye...saya akan cuba upload balik... sama-sama kita manfaatkan apa yang dah ada...

Adios Kerompesss!!

p/s: nampaknya dah ramai orang yang sedar kewujudan blog ini...nampak gayanya kenalah update selalu..ye dok? hehheheh...yang tak tahan bila cikgu sekapal (Pemulihan juga) yang terharu dengan wujudnya blog ni...hehehehhe..kelakar jer...disebabkan dia sibuk bersalin la blog ni wujud..hehehehhehe