Friday, April 27, 2012

IKLAN! Woot..wooot!!

Sementara mendownload BBM dan lain-lain yang ada..tetiba je rase nak bershopping baju muslimah, telekung kanak-kanak, jubah, tudung bawal (tudung bawal adalah sangat IN sekarang yer...)..tudung chiffon...kain kapan pun ada (sungguh....!!! mak tak tipu) jemput ke KEDAI MAMA ERA .. jemput jenguk!!!

JUBAH 100% COTTON
pelbagai pilihan warna dan corak.


TELEKUNG KANAK-KANAK RM45
tidak termasuk pos.
ada pelbagai pilihan warna dan corak

T-shirt muslimah.
Anggun dan sopan

AL-QURAN DIGITAL
RM350 termasuk pos

BLOUSE COTTON. LABUH, SELESA, MENUTUP AURAT
ada pelbagai warna dan saiz

TUDUNG BAWAL YG IN SEKARANG.
pelbagai pilihan warna
RM 28 tak termasuk pos.
skrg promosi beli lebih 2 helai diskaun 50% on postage fee
Jangan lupa open new tab yer...
KEDAI MAMA ERA

Tuesday, April 24, 2012

KAD SUKUKATA KVKK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .. (patriotiknye mak..hehehhe)

Saya ada upload kad sukukata KVKK..tak banyak pun..tapi boleh digunakan untuk beberapa kemahiran lain jugak. Contohnya untuk bina perkataan KVKK + KVKK.

Antara perkataan yang boleh dibina ialah:
bengkung, tongkang, kangkung, tanglung, longkang, tunggang, tonggang (ada ke perkataan tonggang?)

Kalau sudi mendownload, sudi-sudikanlah mengklik iklan-iklannya ye..
Boleh Open New Tab di sini atau di link KONGSI BBM
Terima kasih in advance! hehehhe

KONGSI LEMBARAN KERJA -VKVK & KV KVK

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Saya ada upload lembaran kerja baru (bendanya dah lama, tapi BARU upload..hehehhehe). Marilah kita berkongsi yang mana baik tu ye.

Boleh di download dari link KONGSI LEMBARAN KERJA di sebelah kanan laman blog ini. Selamat mendownload. Jangan lupa klik-klik iklan juga yer.

Terima kasih daun keladi.
Silalah download dan klik lagi.

Wednesday, April 18, 2012

Kad Perkataan - KVKK

Tak banyak kan perkataan KVKK ni. Jadi mak cik labu tersengih ni pun tak banyak. kalau suku kata je boleh buat banyak sikit kan?

Silakanlah..simple dimple jer..kalau warna-warni sangat kang bazir ink plak..hehehehhe..
bolehla kalau nak download kat sini je terus..heheheh

p/s : ada yang kutuk tegur..kata blog saya ni bersepah...kehkehkeh..

Tuesday, April 17, 2012

MINTAK MAAAFFFF LE WEIIII..

Saya nak mintak maaaaaaafffff sangat-sangat pada cikgu-cikgu yang download kad perkataan penguin saya ni


dengan budak cendawan ni


Keluar screen shot pulak yer. Silap...silap..silap..sorry..sorryy..sorry.

Saya dah upload doc yang betul. Kalau tak merajuk hati..silakanlah download lagi.

Masih dalam format doc. so boleh di edit, di tambah, di buat sesuka hati.

Malu makcik..

Terima kasih ye cikgu Teeya sebab yu bagitahu ai..

KALAU ADA SENDIRI PUNYA KAN SENANG!

Bukan la penat atau saja cari pasal nak merungut. Ada orang lain yang serba kurang. Ini tak ada, itu tak ada, tapi kerja tetap jalan. Merungut tak merungut itu cerita lain. Manusia biasa yang normal, biasalah merungut sikit-sikit. Bukannya tak tahu, merungut banyak-banyak pun bukan bawak apa-apa perbezaan pun. Sekadar nak sakitkan hati orang puaskan hati sendiri jer.

Tapi, kalau ada...mesti kerja lagi cepat. Bila-bila masa e boleh guna. Masa murid-murid ada dalam kelas pun boleh guna. Tak payah tunggu waktu free. Kan??

Hurmmm..kan bagus kalau ada mesin laminate sendiri?

Ohhh..idaman kalbu!!


Monday, April 16, 2012

KAD BACAAN DIGRAF 1

Kad ini saya guna untuk pengayaan murid-murid linus saya yang cepat siap kerjanya. Orang lain baru sibuk eja Isnin, dia dah siap salin semua. Tang salin lah..bila baca lambat jugak. Jadi, untuk elakkan dia kacau kawan-kawan yang dok eja Isnin lagi tu, saya suruh dia baca kad-kad yang saya buat ni.

Kad-kad ni saya tak potong ikut bentuk sebab malas susah. Saya potong ikut garis petak...lepas tu laminate depan belakang. Kedekut Jimat laminate film. Ada lagi kad-kad lain. Tapi mungkin fail besar, guna broadband lambat pulak nak diupload ke sendspace. Next time ye. Anak dah melalak menyanyi pulak tu. Baik berhenti dulu


Sila la download di KONGSI BBM ye..

Sunday, April 15, 2012

KAD BERGAMBAR VKVK

Anak dah tido...sempat la membuat kad nih.. bila dah siap terus jerla upload..nak cari masa lain upload kang entah terupload entah tidak... :)..

Ada blank page kat situ... saya pun tak tahu kenapa...dah malas tak tahu nak buang cemana..kubiarkan sahaja...sape nak..angkat tangan!! Ambil le kalau sudi...


Boleh di download di link KONGSI BBM di sebelah kanan. Boleh di edit dan di tambah sesuka hati...silakanlah..

Saturday, April 14, 2012

LEMBARAN KERJA BM

Baru je uploadkan lembaran kerja untuk vkv dengan kvkvkv. Kalau ada yang sudi nak kongsi bolehlah download dari link di sebelah kanan. Ada banyak lagi, tapi bila guna broadband ni, lembab..malas jadinya..

Friday, April 13, 2012

TAK SANGKA..

Tak sangka ramai yang mendownload BBM yang saya buat. :) Gembira!!! Semoga sama-sama dapat manfaat. Kad perkataan tu sengaja saya upload dalam bentuk Microsoft Word. Supaya cikgu-cikgu boleh download,  lepas tu ,nak edit ke, nak tambah perkataan ke nak buat perkataan lain pun boleh.  Sebab saya memang buat sikit-sikit...dan tambah-tambah di kemudian hari gittewww..hehehheh..

teruskan mendownload dan menggunakannya. Marilah bertegur sapa di chatbox ataupun sila tinggalkan komen anda. Kalau ada kritikan pun tak apa. Boleh ubah yang mana patut.

Saya akan upload juga koleksi lembaran kerja yang saya ada dari masa ke semasa. Kebanyakkannya bukan saya buat sendiri pun, yang disedut di sana sini. Bolehlah berkongsi dan manfaatkannya.

Thursday, April 12, 2012

BINA PERKATAAN DENGAN KAD SUKUKATA

Suka hati saya hari ini. Rasa macam berbaloi penat (penat kunun) berulang alik ke kelas pra sebab melaminate kad-kad perkataan dan sukukata. Berbaloi berhabis duit membeli kertas-kertas dan mengorbankan ink printer suami sendiri. Nak buat macamana, macam ni lah nasib cikgu pemulihan khas. Kami orang miskin, tak ada peruntukan pun. Semua kena guna duit sendiri. (Tapi, hari tuh GB suruh isi borang NOTA MINTA...melompat ai suka..yu ols)...

Jadi bila dengan rasa mudahnya murid-murid LINUS Tahun Dua Dedikasi tadi mengeja dan membina perkataan menggunakan kad yang saya buat sendiri. Saya sengih bukan setakat sampai ke telinga..tapi nun hah sampai ke kantin yuuuu!!! ini kad yang saya guna... kalau rasa nak guna, silakan

boleh di download dari link sendspace KONGSI BBM di sebelah kanan yer.

Tuesday, April 10, 2012

BBM KVKV

Agak terlambat pulak nak masukkan KVKV nih.. tersave kat tempat lain..patutla cari tak jumpa. Budak Tegar Literasi Tahun 1 dah mula ke Kelas Pemulihan...harap-harap kad ceria begini akan membuatkan mereka rajin untuk cuba mengeja dan membaca.

kalau berminat, boleh download dari link KONGSI BBM di sebelah kanan...Free jer.. semoga sama-sama dapat manfaat.

Monday, April 9, 2012

TEGAR NUMERASI TAHUN 1

Hari pertama kelas Tegar Numerasi, hari ini saya buat Pranombor. Walaupun dalam LINUS tak ada pranombor, saya rasa perlu untuk murid-murid ini bermula dari awal. Di dalam kelas mereka sudah ketinggalan. Lagipun buku kerja free yang dibekalkan oleh PPD memang sudah ada. Tinggal guna je.

Setakat ini, murid-murid ini nampaknya sudah mengenal warna dan seriasi. Jadi, rasanya selepas ini boleh lah terus kepada nombor. Yang paling mencabar, salah seorang daripada anak murid saya ini dari golongan peribumi. Menurut guru kelasnya, si Radi yang comel ini tidak pernah ke sekolah. Tadi sewaktu saya pergi menjemput murid-murid ini di kelas, saya terperasan si comel ini kasutnya terbalik. Kasut pun adalah sesuatu yang baru baginya. Kasihan kan. Tak apa, sudah tugas saya memulihkan murid-murid yang lemah. Usai kelas, saya tolong Radi pakai kasut. Mengingatkan berkali-kali zap kasut itu sepatutnya mengarah ke bahagian luar kaki.. kita tengok esok ada perubahan tak.

KELAS PEMULIHAN KHAS SK PARIT SETONGKAT, MUAR

Saya ingat nak tukar nama kelas. Dari Kelas Pemulihan Khas kepada satu nama yang lebih meningkatkan semangat. Saya tahu dah banyak sekolah yang tukar nama kelas Pemulihan kepada nama lain.

Kalau diingat-ingat, sedih pulak bila murid Pemulihan diletak label sebagai  'murid tak boleh ditolong' atau 'murid ke laut'... kadang-kadang keluar ayat, 'alaaa, biasalah, budak pemulihan..dah tak boleh buat apa dah..'.. jadi saya nak tukar nama kelas.

Oleh kerana, di SK Parit Setongkat ni kelasnya ikut abjad.. dari A- Arif sehingga Prasekolah Harmoni. Jadi saya akan ikut abjad jugalah. Mula-mula ingat nak guna abjad I- Inspirasi... fikir-fikir, mau habis 1 waktu nak tulis nama kelas je. Jadi saya pilih JAYA.. mudah! Kalau cikgu-cikgu nak sebut pun " Alaa, budak JAYA memang macam tuh..."... kan dah jadi doa yang lebih sedap.. :)

Mahu jumpa Cikgu Besar..minta izin tukar nama.

Friday, April 6, 2012

LINUS TEGAR TAHUN 1 DAN SARINGAN KHAS TAHUN 3

Tadi dapat info daripada guru LINUS tahun 1. Selepas saringan 1 yang lepas, murid tegar literasi adalah seramai 12 orang. Walaupun daripada 2 kelas berbeza, mereka akan masuk pada waktu yang sama sebab jadual waktu tahun 1 adalah sama bagi semua kelas. Numerasi tak konpem lagi. Mati aku!! Larikkkkk!!!

Alaa..12 orang...? apa ada hal 12 orang pun nak bising..cikgu biasa mengajar sampai 40 orang..! Mesti boleh! Tapi meja ada 8 je nih..bahan-bahan kebanyakkannya dah ada. Buku kerja pun dah ada. Cuma kena tambah meja je. Apa nak takut. Mengajar la sedaya mampu! Berusaha!!

Murid Tahun 3 pulak akan ada Saringan Khas minggu depan. Nak tengok seberapa literate dan numeratenya mereka-mereka ni sebenarnya. Ke mereka ini di terliterate dan ternumerate  sebab cikgu-cikgu dah 'mengarusperdanakan' mereka sebab nak jaga data sekolah. Yelah..kang kalau ramai sangat yang tak lepas saringan LINUS kang dapat lawatan sambil mengejut pulak.

Kementerian dapat tahu ramai murid yang diluluskan dalam saringan sedangkan mereka sebenarnya masih belum menguasai asas 3M. Senang cakap, banyak sekolah yang tipu mengolah data. Jadi sebelum masuk Tahun 4, ada pulak Saringan Khas ni. Kita buat jerla.

Thursday, April 5, 2012

Crossword Puzzle Generator

Hai cikgu-cikgu dan bukan cikgu yang tersinggah kat sini.

Saya nak share satu website yang boleh dapat banyak gambar yang boleh membantu dan juga taadaaaaaaaaa..crossword puzzle generator. Bila dah bosan-bosan, asik dok eja-eja-eja, sebut, eja, sebut, eja, cucuk kawan dengan pensel lagi. Mungkin crossword ni boleh buat dia duduk diam sambil pening kepala pikir. Selain Crossword puzzle, ada generator untuk mencari perkataan... cubalah!Mungkin untuk pengayaan setelah dah penat seminggu ngeja benda sama.

by the way, untuk crossword puzzle tu, saya generatekan (?) puzzlenya, tapi klu saya buat dalam bentuk gambar. Sebab kalau buat dalam bentuk ayat..alamatnya, sampai sudah tak siap. Mana nak baca klu, nak pahamkan, nak pikir eja cemana, nak tulis.

Macam ni, dah generate puzzlenya, saya potong, tampal kat kertas yang saya dah printkan gambar-gambar klunya..lepas tu potostat 6 keping..potostat kat printer sendiri jer.. Nak pergi potostat kat pejabat, buat penat jer panjat 20 anak tangga..sayangi lemak anda ye puan-puan.

ehhhh.. pongpangpongpang...mana website yang diwarwarkan itu? ini dia
http://www.edupics.com/

generator yang saya sibuk-sibuk bagitau tuh ada kat belah kiri. Cari jangan tak cari!

SAYA PERGI BENGKEL DISLEKSIA- PART 2

Mari berkongsi bagaimana nak kenalkan simbol-simbol bahasa kepada murid-murid kita. Apa yang dimaksudkan dengan simbol bahasa? Bahasa senangnya HURUF!

Adalah sukar untuk murid-murid disleksik 'menghadam'  sekaligus huruf-huruf  abcdefgh.......z. Bukan sahaja jumlahnya memang banyak.. (26 tu adalah banyak ye tuan-puan).. bentuknya juga bercampur-campur. Ada yang bulat, ada yang leper, ada yang panjang, bersegi-segi. Macam-macam bentukla pendek kata. JADI..
menurut Puan Presiden Persatuan Dyslexia (ya, nama persatuan dieja begitu) Malaysia (PDM) yang berpuluh tahun telah mengajar dan membantu memulihkan berpuluh-puluh kanak-kanak disleksik adalah LEBIH MUDAH untuk mengklasifikasikan huruf-huruf ini mengikut bentuk

CONTOHNYA:
  1. Huruf yang bulat - a c e o
  2. Huruf yang berekor - g j y
  3. Huruf berpalang - l i t k
  4. Huruf yang bertangkai - b d p q
  5. Huruf yang berkelok - n m h r u
  6. Huruf yang bersegi - v w x
Cikgu-cikgu bolehlah mengenalkan nama huruf, cara menulis huruf mengikut klasifikasinya. Sedikit-sedikit, lama-lama boleh jadi b.u.k.i.t = bukit!

Perlu ada strategi yang lebih baik dari suruh murid menghafal secara memkhinzir buta..
Daripada : Ariff, cuba tengok kad ini  ' a' 'c ' 'e' 'o'...cuba ulang sekali lagi 'aceo'..sekali lagi 'aceo'..sekali lagi 'aceo' (sahaja) kepada:

Cuba kita susun kad-kad a c e o tadi..minta murid ingat susunan..bubarkan dan minta murid susun sekali lagi. Murid-murid disleksik suka pada sesuatu yang mencabar daripada sesuatu yang hanya mendatar (tengok  kad, hafal huruf, tengok kad, hafal huruf, tengok kad, zzz bosan..mari cucuk kawan dengan pensel).

Ataupun.. susun berapa kad huruf termasuk kad huruf yang tidak termasuk di dalam kategori yang sama..
Minta murid pilih kad huruf  a c e o. Susun semula kad yang dipilih mengikut sebutan cikgu. Siapa yang paling cepat dapat hadiah gula-gula atau memadai tepukan ceria cikgu. Anak murid saya suka bila saya bertepuk-tepuk kesukaan kalau mereka menang. Berebut-rebut mahu menjawab soalan. Anak murid anda bagaimana?

BINA PERKATAAN KV KV

Saya boleh terlupa pulak kad sukukata yang ini. Kad sukukata ni saya guna untuk membina perkataan kv kv. baju dipadankan dengan seluar.


Saya print atas kertas warna warni. Sebab memang seluar baju ni tak ada warna. laminate dan gunting ikut bentuk. Waktu P&P..buat permainan lumba bina perkataan. siapa banyak dia menang.

Boleh di download di KONGSI BBM di sebelah kanan.

Cendawan KVK KVK

Yang ini saya baru tampal dalam kelas. Buat sikit jer sebab laminate film abis.. sedih gile citer orang tak ada peruntukan nih. Tapi akan di tambah lagi. Berusaha!!!

Ini screen shotnya. Kalau nak boleh download cendawan comel ini kat sini . Free jer

Saya Pergi Bengkel Disleksia-Part 1

24 Mac 2012, hari Sabtu ye tuan puan.. bangun pukul 5 pagi nak siapkan makanan dan sarapan untuk anak-anak. Walaupun ditinggalkan dengan ayah diorang, still kena siapkan apa yang patut. Yelah, kalau kita mak-mak nih dah biasa berperang dengan anak-anak. Ayahnya jarang sekali..kang ada pulak yang tak sempat makan tak sempat mandi.

Ok cerita pergi bengkel...kat JPN Johor..JB nun..jauh tuh.. tapi PPD sediakan bas.. 6.30 dah kena ada kat PPD..ok bla..bla..bla..naik bas..tidor dalam bas..sampai JPN Johor pukul 8.30 pagi. Daftar apa segala..breakfast dulu..sedap boleh tahan..

Ok start bengkel.. mula-mula cerita macamana nak kenal budak disleksia. Pong pang pong pang...
Yang saya nak fokus ialah BAGAIMANA NAK MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA terutamanya sewaktu p&p. Bengkel ni memang dijalankan sendiri oleh Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia, Puan Sariah Amirin. Kagum saya dengan semangatnya membantu kanak-kanak disleksia di Malaysia nih.

Ok mari berkongsi dapatan saya ni bengkel itu.

Oleh kerana kanak-kanak disleksik ini lazimnya mempunyai masalah-masalah berikut:-
  1. masalah fonologi
  2. masalah untuk mengingat perkataan
  3. masalah penyusunan bersiri
  4. masalah ingatan jangka pendek.
  5. masalah kesedaran sintaks.
Daripada masalah-masalah di atas, memang boleh dikatakan semua masalah itu ada pada murid-murid pemulihan kita kan? Dah ajar berkali-kali benda yang sama, masiiiiiiiiiiiiiiiiih tak dapat-dapat. Kadang-kadang rasa macam nak keluar tanduk menahan amarah. Tapi mengenangkan dah memang tanggungjawab, mesti diketepikan rasa marah tuh. Teruskan jugak P&P walaupun gigi dah hampir haus asyik diketap-ketap.

Sekarang, setelah mengikuti bengkel ini, dan dapat mengenali sedikit-sebanyak simptom-simptom disleksia, saya yakin, kalau bukan semua pun, hampir separuh murid-murid saya adalah di dalam kategori ini. Jadi mereka bukanlah 'B* word' seperti kata setengah-setengah orang, tetapi cara otak mereka mentafsir maklumat adalah berbeza. Jadi strategi juga perlu berbeza dengan kanak-kanak normal lain.

Oleh itu strategi adalah sangat penting. Saya akan kongsikan strategi di entri lain. Sebab saya lapar..bila lapar kita kena......?

Ini sijil saya... anda ada? Kehkehkeh..


Tutup sangatlah no i/c tu kununnya..! 

Wednesday, April 4, 2012

BILA MURID PEMULIHAN BUAT KIRA-KIRA

Hari ni saya ajar tambah dalam lingkungan 100 tanpa mengumpul semula kepada murid tahun 3. Walaupun cuma 4 orang, tapi cukup mencabar. Saya perasan salah seorang murid saya yang akan mendapat jawapan yang tak masuk akal setiap kali dia membuat kira-kira. Contohnya:

7+2 = 4 ataupun 6 + 2 = 3.

Penat saya fikir bagaimana dia kira. Kalau guna alat mengira, betul je. Tapi kalau guna jari, begitulah jawapan yang akan dia dapat. Walau berpuluh kali saya ajar bagaimana mengira menggunakan jari.

Teliti punya teliti, baru saya dapat tangkap cara dia menggunakan jari-jemarinya. ( Saya ketuk jarinya guna pen tadi...kukunya punya lah panjang..terjerit saya dibuatnya.)

Ok kembali kepada cara dia mengira.
Katakan soalannya 27+12 =.......... dia salin semula dalam bentuk lazim. Ok betul!

Lepas tu dia mula mengira. Saya pandang je jari dia. Haaaaaaaaaah!!! dah dapat tangkap!
Rupa-rupanya.... dia kira jarinya sampai tujuh.. sebelah tangan 5 jari, sebelah lagi 2 jari..
lepas tu, bila dia nak tambah 2, jari yang 5 tu ditutup, dibukaknya 2 lagi jari...
berapa jumlahnya sekarang?? Ya..4!! Eureka!!!!!

Punyala lembab cikgu..dah berbulan-bulan baru nak perasan!!!

Sekarang, saya dah repair dah... hari ini jugak dia dah faham..! Alhamdulillah!!!
Esok kita dah boleh buat dengan mengumpul semula ye Haniff..!

ISI BORANG dan BBM Matematik.

Hari ni dengan gigihnya mengisi Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran. (IPMBDP). Walaupun budak tak ramai yang mempunyai ciri-ciri yang ketara tetapi memang nak kena buat penilaian dengan betul. Semoga boleh membantu murid-murid ni dalam pembelajaran mereka kelak.

Sambil tu mencari-cari idea untuk buat Bahan Bantu Mengajar untuk Subjek Matematik. Kalau ikutkan idea ni. banyak pulak kos yang kena dikeluarkan. Maklumlah, panitia pemulihan ni tak ada peruntukan..nak meminta-minta dengan panitia lain, kang orang menyampah pulak.Jadi nak tak nak kenalah keluarkan dari poket sendiri. Tengah terfikir nak beli butang atau manik besar untuk buat alat pembilang, lepas tu ikat sepuluh-sepuluh.. senang bila dah belajar nombor bulat hingga seratus nanti.  Cuma sekadar ingatan, kalau ada yang rasa nak guna bahan yang sama, jangan guna bahan yang bulat. Sebab nanti budak-budak sibuk mengejar manik time kita mengajar. Kalau saya buat, nanti saya uploadkan gambarnya. Tapi tak tahu bila la..

Dalam kelas saya ada kad nombor 1-10 yang meriah ni. Kalau nak download dan guna pun boleh.
Ini screen shotnya

boleh download di sini

Saya print out, laminate dan tampal secara menegak. Bila murid buat latihan nombor menaik dan menurun...saya suruh tengok pada kad nombor ni je...sebab susunannya menunjukkan nombor menaik dan menurun. Sebelum ni nombor  disusun secara 'bergaya'..tapi kurang membantu bagi murid yang masih merangkak nak kenal nombor.


Tuesday, April 3, 2012

KONGSI BBM 2 - PENGUIN KVKKV

tersemangat pulak nak berkongsi budak penguin nih..
sebagai kad bacaan..samada nak dibukukan dengan ring ataupun tampal kat dinding.
saya tampal kat dinding sebab kelas baru...takdelah nampak kosong jer kelas

screen shotnye

ini pun boleh didownload di sini 

 

KONGSI BBM 1 - KAD PERKATAAN DIFTONG

Ini screen shotnye..
Kalau berkenan, boleh download di sini. Free je..

PENGESANAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Semalam pergi Bengkel Peningkatan Pemulihan Khas Peringkat Daerah Muar di PPD Muar.
Memang banyak input yang diberikan oleh Ketua Unit Pemulihan Khas, Mejar Sazali Abd Hamid.
Terutama prosedur untuk mengesan murid berkeperluan khas di dalam kelas kita.. kena guna Instrument Saringan Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pelajaran (IPMBP). Semua instrumen ini boleh di download dari laman portal Jabatan Pelajaran Negeri Johor atau di sini.

Caranya:
1) Klik pada menu muat turun-pilih 'Senarai Sektor: Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas' - pilih kategori bahan yang bersesuaian

2) Klik pada 'warga sekolah' - klik pada menu 'Pengumuman' dan cari 'Pengesahan Murid Berkeperluan Khas'

Tapi jenuhnye nak tunggu page jpnj tu load..so..Saya pun ada upload kat sendspace..kalau nak, boleh terus download IPMBDP di sini dan di ISD di sini

Mari kita buat keje!

Update: sebenarnya dalam nak mentadbir ISD ni ada manualnya... tebal pulak manual tu..kalau nak tengok manual instrumen senarai semak disleksia yang telah dicetak rompak (hehehehhe) pun ada kat sini dalam bentuk pdf